15 February 2011

hari ini aku menjelajah bersama fara dan motosikal tersayang. Sekolah-rumah-kedai-rumah-meru-JJ-rumah. tetttt. penat sungguh..

semasa aku sedang menunggang motosikal milikku, seperti biasa aku mengekori Fara dari belakang. tiba di suatu selekoh, Fara tersalah memilih jalan/arah akibat daripada kekeliruan dan seterusnya kami mengambil keputusan untuk membuat pusingan U. akhirnya kami menemui jalan/arah yang sebenar.

konklusinya :- menunggang motosikal memang mudah untuk melakukan pusingan U walaupun kita mengikut rakan yang tersalah memilih jalan/arah, tetapi apabila dalam kehidupan. lain jadinya.

kisahnya begini, apabila kita salah memilih rakan, dan telah mengekorinya memilih jalan/arah yang salah, adakah kita dengan mudah membuat pusingan U atau dalam erti lain, kembali ke pangkal jalan? adakah semudah kita menunggang motosikal ? tidakkkk. jika sekali kita tersasar, amat sukar untuk menemui jalan /arah yang sebenar. kita akan terus tersesat. kecuali jika kita berusaha. berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah. dan juga kecuali jika kita dengan segera bertaubat meminta rahmat-Nya.
nukilan : lilyazmi♥

No comments: