malam ini seperti biasa aku bermesra bersama katil dan selimut. selimut mendangkap erat tubuh ku, tidak membiarkan aku dalam kedinginan. teringat peristiwa di sekolah brrr aku tidak mengerti mengapa guru tersebut begitu -,- dia memarahi aku. tetapi aku tidak mengambil kisah. memang wajar aku dimarahi kerana salah ku. dan sekurang kurang nya aku berbangga kerana tidak mendapat gelaran BODOH. aku tertawa apabila dia memarahii si polan dengan memanggilnya bodoh. sangat kelakar seperti Shin Chan menunjukkan buntot nya cukup sampai di situ. dan dann apabila pulang dari sekolah, aku terus mengambil sahabat O'haraa untuk menemani aku ke Tesco.
pada petang itu, aku tidur merehatkan diri. merehatkan diri dari segi mental dan fizikal. terlalu banyak yang aku fikirkan. tetapi aku membiarkannya pergi, pergi bagaikan rama rama yang terlepas lari. esok aku akan bangun pada awal pagi juga. tetapi tidaklah seawal selalu. aku akan ke kelas tambahan untuk menambah ilmu didada. kemudian aku akan terus menapak ke jaya jusco untuk menonton wayang. tidak sabar rasanya, perasaan itu bagaikan awan biru yang tidak dapat menampung kandungan airnya.
lily lily lily. aku mengambil keputusan untuk mengabaikan si polan. kerana bagi ku, beliau bersikap seperti anjing kurap yang menagih perhatian di jalanan. beliau bagaikan kanak kanak tiga suku yang sering diperbodohkan. biarkan. aku meludah penuh rasa benci dan jijik. dan biarkan sahaja orang sekeliling menjadi juri kepada perilakunya. bagi aku, cukuplah. aku tidak mahu bersikap seperti kanak kanak. aku sudah meningkat dewasa. dan dalam masa 13 bulan seturusnya, aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. jadi, sampai bila aku mahu bersikap seperti kebudak budakkan? sampai mati? sampai aku bercucu? bercicit? kini aku berfikir secara rasional. cukuplah sampai disitu. aku terdiam. kaku. mata ku terpejam. halus. aku kaku disitu.
nukilan : lilyazmi♥
No comments:
Post a Comment