semalam aku pergi ke kedai makan,aku membeli kopi O panas dua and teh ais satu. aku duduk di kerusi sambil memerhati keadaan sekeliling. aku berhenti di suatu sudut apabila terlihat kelibat taukey kedai. seronok aku memerhati dia menyuap anak perempuannya makan udang. dia mengupas udang tersebut lalu di suapnya dengan penuh kasih sayang. ahh cemburu meluap luap dihati. terasa ingin di belai manja oleh ibu bapa tersayang.tetapi seperti yang aku jangkakan, selama 365 hari aku semakin membesar. aku semakin matang. malah, aku semakin menjauh daripada kedua ibu bapa aku. tidak manja seperti dahulu. apa yang mampu aku lakukan?
inilahh fitrah hidup manusia, kita akan membesar, meninggalkan zaman kanak-kanak. dan meninggalkan memori remaja. meningkat dewasa dan seterusnya di beri gelaran percuma oleh kanak kanak, iaitu makcik dan akhirnya kita pergi. pergi meninggalkan dunia tanpa kembali.
konklusinya :- hargailah kehidupn kerana kita tidak akan boleh menoleh ke belakang. kita akan terus meninggalkan segala kenangan itu sendiri. dan biarkan ia berlalu pergi.
nukilan : lilyazmi♥
1 comment:
terbaek :)
Post a Comment