25 March 2011

REQUEST : lawang sewu (seribu pintu)

 nak kongsi cerita pasal lawang sewu. okay pernah tengok kan cerita lawang sewu dendam kuntilanak? haa. aku pernah kesana, masa tu form one. pergi trip dengan semua saudara belah mak aku. kira kira sembilan orang adik beradik mak aku, tak termasuk anak, dan lelaki deme -,- memang satu kapal terbang tu full kita org tempah. naik kapal terbang Kartika Airline ke Semarang, Jawa Tengah, Indonesia >.< Lawang sewu ni memang tempat yang keras atau dalam bahasa indonnya ialah anker. LS ni terletak di Simpang Lima Tugu Muda.
okay setibanya di sana, kite org tidur kat rumah Pak Karto, iaitu kawan Pak Teh, Andak and ayah aku sendiri. kenal Pak Karto ni sebab kami (semua ahli sanak saudara) sering terbang ke Indonesia pada setiap kali cuti. haa cakap pasal cuti, tahun ni nak ke Bali jee T_T okay okay. Pak Karto ni memang awesome gila wei rumah dia sangat besar dh la dua tingkat, panjang pulak. alalala korang boleh bayangkan sendiri mcm mana besar kalau dh satu keluarga boleh ada satu bilik
okay kami sampai malam kat rumah dia, dalam pukul 0800 mcm tu ler, lepas letak beg dia ajak makan. around jam sepuluh mlm, dia start bawa kami ke Lawang Sewu. okayy aku terdiam sekejap disitu (bunyi cengkerik) LS ni dikennali sebagai banggunan seribu pintu memang seram gila. masa perjalanan kesana, dia cerita pasal dendam kuntilanak yang masih tak berbalas. okay semakin excited lahh kan.

dia berdendam sebab apa Pak Karto taknak cerita sebab dia kata itu dia org punya sejarah. so, pendapat Pak Karto adalah tak baik diceritakan sebab dia org pun takut kuntilanak tu marah bila cerita dia di uar uarkan kepada pelangcong luar.

haa dh sampai pun, beli tiket satu kepala sepuluh ribu rupiah, okay kira la sendiri, empat puluh sen duit kita persamaan dengan satu ribu rupiah. kami dinasihatkan supaya mintak resit pembelian tiket sebab apa jadah pon aku tak tahu. malam tu memang sunyi, pelawat pd malam tu pun group kami je.

spotted : Dulunya tempat ini adalah kantor Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij (NIS) yang dibangun pada tahun 1903 dan selesai pada tahun 1907. Tapi setelah kemerdekaan Indonesia gedung lama ini digunakan sebagai kantor PT Kereta Api Indonesia. Ketika berlangsung pertempuran lima hari di Semarang, gedung ini dijadikan lokasi pertempuran melawan Jepang. Kenapa dinamakan Lawang Sewu? kan aku dh cakap, sebab jumlah pintunya yang sangat banyak, tapi takde sape yang tau berapa jumlah pintu yang sebenarnya.
hemm nak dijadikan cerita, masa sampai kat satu tempat ni kami dibenarkan ambil gambar, so semua yang gedik gedik termasuk aku  mula laa amik gambar banyak banyak tapi menghampakan sebab gambar tak jelas, mcm ada yang menahan. gambar kabur walaupun guna flash -,- so delete delete and delete takdapat lee gambar kenangan kat situ Y_Y
 kita org bg tahu Pak Karto, kenapa gambar tak focus, dia mcm tahu sesuatu dan segera ajak group kami ke tempat lain, yang aku sakit hati, dia tak bgtahu pon kenapa tapii kome boleh faham la kan?
lepas tu kami dibawa ke suatu tempat atau sudut yg diberi nama Lorong Kereta. nama tu diberikan oleh sebab apabila kita berdiri di hadapan pintu tersebut, kita boleh nampak beberapa pintu yang panjangggggg dlm pintu tu mcm effect ada cermin. serius boleh nampak mcm panjang gila lorong tuuu hemmm takut jugak
okay lepas itu kami beralih ke bawah tanah. kalau kita nak menyeberang bawah tanah ni mesti kena naik bot atau mengesot kat tepi paip sebab ada takungan air sedalam 30meter. ha menurut Pak Karto, tempat ni dulunya penjara. ada dua jenis penjara, satu penjara duudk dan satu penjara berdiri. untuk penjara duduk, tingginya hanya 1meter. penjara tu petak je, org yg dipenjarakan disitu akan duduk tak boleh berdiri. ramai pulak yg deme sumbat dlm tu.
penjara berdiri pulak setinggi 177cm. aku try masuk dua orang dengan abang sedara tersayang Olan, huh sempit gila tapi kami difahamkan, penjara berdiri akn disumbat sebanyak 6 atau 7 orang. ha korang bayangkan sendiri.
bwah tanah ni jugak dulunya tempat untu penggal kepala. YA penggal kepala terhadap pesalah -,- sebab tu bawah tanah ni menajdi suatu tempat yg paling di takuti oleh penduduk setempat.
lepas itu kami dibawa sekeliling gedung ni dari pandangan luar. kami tiba di bahagian belakang gedung. terdapat satu pokok mangga besar. kat tempat ni agak menyeramkan, memang meremang bulu roma akuu T_T kami berehat kat situ jap sebab si Aqih ni dari tadi dok jatuh jatuh. mula mula jatuh masa kat tangga, lepas itu tersadung besi sampai kaki dia berdarah and jatuh lagi masa kat pokok mangga ni -,- sebab apa kami pun tak thu, cuma bila Pak Karto tahu Aqih banyak kali jatuh, dia mcm jaga and bg perhatian kat Aqih maybe dia tahu something?
lepas habis semua dh melepaskan kepenatan, kami pun keluar dr halaman belakang gedung untuk ke bahagian hadapan. berakhirlah perjalanan kami di LS tu, hemm sedih jugak sebab banyak tempat kami tak boleh masuk sebab dh malam. tempat tu kan keras, malam malam ada tempat je yg dibenarkan masuk. Pak Karto bagitahu yang masa kami semua tak dapat focus pada gambar tu, bermakna ada makhluk halus yang mengganggu.memang la seram dan punca Aqih jatuh pun sebab makhluk tu la T_T
kalau aku ingat balik, aku jadi takut nak nagis pun adaaaa T_T tskkkkk

INFO : kalau nak pergi, Lawang sewu ini di buka pada pukul 5a.m hingga 12a.m dulu sampai pukul 3pagi tapi baru baru ni saja call Pak Karto kata nak pergi lagi but dia kata tour stop sampai 12pagi jaa -,- kalau pergi malam, ada tukang bawa kita dr suatu tempat ke suatu tempat sambil bercerita, tapi kalau siang kita kena berdikari sendiri. so tak bestlah sebab hanya tengok tengok tanpa tahu cerita disebalinyak. kalau kepada budak yang fikirannya kosong, aku nasihatkan jangan ke sana. sebab nanti kerasukkan dan menyusahkan pihak jagaan LS.
takat tu je aku nak kongsi pengalaman aku, aku takde snap gambar sebab ikut nasihat Pak Karto "lebih baik jangan di foto supaya tidak kerasukkan" maksud dia lebih baik jangan bergambar supaya tidak diganggu :D

oleh sebab tu aku hanya google search kat mana tempat yg aku lawat tu : nahhhhhhh >>


 Lawang Sewu dari pandangan hadapan










 This is the main hall









 Lorong Kereta












 Keadaan bawah tanah yang ditengelami 30meter paras air









 Lawang Sewu dari bahagian belakang









psssssttt sorry gambar penjara berdiri & duduk tak dapat di google sebab tak ada -,- kalau ada pun, may be korang tak faham mana posisinya.

NOTA SAYANG: anda dinasihati supaya tidak terlalu riak apabila berada dikawasan gedung kuno ini, kerana minta dijauhkan dari penampakkan KUNTILANAK yang juga dipercayai oleh masyarakat Semarang, apabila kuntilanak menujukkan diri, kepada para kerasukkan maka orang yang kerasukkan akan meninggal dalam masa satu minggu. sumber adalah fakta & kepercayaan turun temurun masyarakat Semarang.  
nukilan : lilyazmi♥

No comments: