aku? sini ada cerita cerita tentang aku. apa yang terjadi? ingin aku perkatakan bahawa hati aku remuk bagaikan dihiris sembilu. perit yang teramat sangat. aku nazak, tenat bagaikan seseorang berjuang untuk mendapatkan senafas udara. malah aku lebih teruk daripada itu. aku bagaikan kaca yang terhempas yang telah di tepis oleh tangan tangan mereka. pecah ! remuk ! berkecai ! di sini di dalam hati, bagaikan telah dirobek robek. lama aku memendam, sehingga berulat busuk. bernanah ahh parah. luka nya tidak dapat di kawal lagi. luka nya harus dikejarkan ke ward ICU dengan segera. luka nya dalam. sakit? hanya aku yang merasa. aku kaku di situ menanggung segala jerih peritnya. aku kaku.
bila difikirkan, aku tertawa. lily? kenapa kau jadi begitu? jawapan nya hanya aku seorang sahaja tahu. beberapa minggu aku dipulaukan, bagai layang layang tidak bertuan. koyak rabak, diludah ludah, dipijak-pijak, sehingga berasa terhina. aku bagaikan harimau yang diajar kucing untuk memanjat pokok. aku berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik. namun aku kalah. aku jatuh kerana tiada tempat berpaut. tiada bertali. aku jatuh berguling ke tanah seperti buah cempedak luruh menghempas bumi. aku tidak sekuat itu. tidak sekuatt yang mereka mereka sangkakan. aku bodoh. teramat bodoh. aku bagaikan paku yang terpelosok masuk kedalam kaca yang bercantum dua. hadirnya aku sebagai paku tersebut telah memecahkan kaca yang sekian lama bersama. mereka berpisah. tidak serapat dahulu. hubungan mereka dingin. hanya bayu yang menyapa taktala bersama. jika dahulu penuh dengan gelak tawa, dengan hadirnya aku kini, hanya angin berdesing. terlalu dingin. maafkan aku si-polan.
aku yang bagaikan babi hutan, selalu lupa akan diri sendiri. lupa di mana aku sepatut nya berada. babi yang suka meninggi diri. babi yang menyangka bahawa dirinya boleh berlari lurus dan laju, pantas membelok ke kiri dan kanan seperti pantasnya perlumbaan motor di litar Sepang, tetapi hanya jenaka. dia dimalukan. dia tidak dapat membelok ke kiri dan kanan. ya itulah aku. haha aku tertawa lagi. bekata kepada diri sendiri betapa ego nya aku. betapa angkuhnya aku. kini aku sedar di mana paras yang sepatut nya. aku tidak layak di sana. aku hanya di sini. kembali kepada kehidupan yang lama. muram. murung. tiada berteman. tiada berkasih. itu lah aku.
terima kasih sayang. terima kasih sahabat. aku sayang mereka mereka. akan aku undur diri. membiarkan mereka dan mereka kembali bersama. jika mereka tersenyum aku juga bakal tersenyum. bukan aku mundur beerti aku kalah, tetapi hanya mengalah. diri aku tiada yang penting, hanya nilai sebuah persahabatan amat bermakna. sehingga akhir hayat. sehingga akhir zaman. sekali lagi aku sayang mereka mereka.
ini untuk awak, saya sayang awak. saya taknak kehilangan awak. tapi awak jangan tanya kenapa saya tak rapat mcm dulu dah. saya tarik diri untuk awak berdua - mereka berdua. saya taknak awak awak bergaduh lagi okay? saya ikhlas. tengokkan, nangis tapi senyum ;) maafkan saya. saya bukan yang terbaiik. maaf.
No comments:
Post a Comment