setelah puas aku bermesra bersama tilam bantal dan selimut, kini masanya untuk meninggalkan mereka. aku bangun. sunyi lagi. sang mentari masih nyenyak di buai mimpi. kedengaran azan berkumandang. menandakan agar semua umat Islam bangun menunaikan kewajiban. tetapi bagi aku? aku lalai. entah bila masanya untuk berubah sedangkan aku tahu, tanda tanda kiamat semakin hampir. aku mecapai tuala panjang bewarna unggu malap. lembut benar baldunya, nyamannn. aku membalut tubuh dan terus melangkah dannn errrr sejuk. kesejukan menusuk segala tulang temulang. aku membeku di situ. terdiam.
seperti kebiasaan aku terus melangkah ke sekolah dengan seragam biru putih. bosan. cikgu mula menunjukkan diri ke kelas, mula mengajar subjek subjek yang perlu diajar. ahh mengantuk bagai nak gila, aku terpejam seperti bangau keletihan di pantai. seperti penagih dadah di jalanan. setelah loceng berbunyi, aku bergerak menuruni tangga dan seperti biasa bunyi kaki aku seperti gajah mencari suami. biar pergi mampus kepada segelintir mereka mereka yang seperti sudah terlalu bagus. aku benci mereka kerana membanggakan diri mereka sendiri seperti masuk bakul angkat sendiri tertawa. ketawa, aku hanya ketawa didalam hati. di kantin sekolah, hanya seperti makanan biasa biasa. jemu bosan dan muak. namun harus aku telan untuk mengenyangkan perut aku yang sudah dari pagi melakukan latihan gendang bergendang. nikmatnya apabila perut sudah berhenti melakukan latihan gendang bergendang dan sekarang masa untuk bekerja menjalankan sistem pencernaan.
lagi sekali masa membosankan tiba. aku terpaksa berpanas di bawah cahaya matahari terik sehingga muka aku menjadi kegelapan bagaikan hitamnya topeng batman. aku benci keaadaan seperti itu. malapetaka! kulit aku bagaikan direbus rebus sehingga malap. bagaikan dibakar bakar bersama bara api yang menyala. ahh malunya apabila melayu berkulit gelap. hodoh! aku tidak mahu menjadi seperti mereka mereka. namun aku akur dengan kemahuan pihak sekolah. KEJAM!
aku penat menjalani aktiviti harian yang sebegini. sebentar lagi aku harus melakukan kerja kerja sekolah yang diberi guru untuk dibawa pulang ke rumah. petak, kepala aku menjadi petak segi empat tepat apabila terpaksa melalukan semua kerja yang tidak digermari.
aku penat.
nukilan : lilyazmi♥
No comments:
Post a Comment