08 February 2011

hari hari aku jalani hidup yang sama, bangun pagi kira kira tepat pukul sebelas setengah pagi, mandi gosok gigi pakai baju. itu kalau aku tidak ke sekolah. kalau aku ke sekolah, ya sangat memeritkan. terpaksa bangun sedangkan matahari masih membuta membatukan diri. aku bangun toleh kiri toleh kanan. lalu menyiapkan diri ke sekolah dengan berbaju putih berkain biru arghhh bosan aku bosan. warna yang sama setiap hari. setiap tujuh hari dalam seminggu -,- 
di sekolah pula terpaksa memandang wajah wajah guru yang kusam, seperti tidak reti bersolek. ahh bosan  lagi lagi jika guru tersebut mempunyai ego diri yang tinggi. tidak mahu kalah. setiap empat hari dalam seminggu dan dalam angaran enam hingga lapan jam seminggu aku terpaksa membatukan diri, menguatkan diri untuk berhadapan dengan guru yang selalu berada dalam keadaan tertekan. aku bosan. di sekolah juga aku terpaksa menahan perasaan meluat di dada mendengar suara suara gedik mereka mereka. aku benci. benci dan terus membenci.

loceng sekolah berbunyi, aku menutup zip kotak pensil yang sarat dengan pen pen yang tidak diguna pakai, aku turun dengan kaki yang bergema kuat. ketak ketut berulang kali. ahh pasti mereka mereka bekata di belakang, ah mampus aku tidak peduli. mereka tak suka pergi mampos tak apa, bak kata Fynn Jamal.  aku suka semua karya karya yang telah dikeluarkan. menarik. sudah! aku sudah keuar dari tajuk... setelah sampai di rumah, ada kala masanya aku akan bersiap untuk membantu abah atau abang. YA hidup aku susah. siapa kata aku kaya? tidak sama sekali, aku menyangkal kata kata dusta itu. aku tidak suka di beri gelaran kaya. cukup lah hidup aku senang. bukan kaya. 

abah aku berniaga, di pasar malam. YA pada mulanya aku malu. malu mengaku abah aku sebagai seorang peniaga. tetapi setiap tiga ratus enam puluh lima hari, aku meningkat dewasa dan akhirnya aku dapat menerima hakikat yang telah di tentukan oleh Nya. Alhamdullilah. syukur. tiada apa yang perlu dimalukan.  pada masa itu, didalam kehidupan seharian, aku merindui. merindui yang telah datang dan pergi. meninggalkan dan aku ditinggalkan. perit. pahit seperti hempedu terpaksa aku telan dan YA hanya aku seorang. setelah hari hari yang aku jalani, aku telah berusaha menjaga nama baik keluarga, menjaga tatasusila malah menjaga maruah sendiri. ada, bukan tidak ada manusia yang berhati bangkai babi membuat fitnah bahawa aku sudakh ditebuk, aku sudah di robek. hanya aku, hanya aku sahaja yang mengetahui bagaimana aku selainn Yang Maha mengetahui.

sejak dua tiga hari lepas, apabila aku teringat kisah kisah lama. perangai aku melawan mama dan abah. cara aku menipu mereka, aku dapatt membayangkan seksanya api neraka. aku takut. dan pada suatu ketika taktala aku sedang membantu abah, datang satu perasaan. aneh. perasaan itu sebagai satu hidayah atau ikhlas dari hati sendiri? jenuh aku duduk terpelosok dia atas kerusi. memikirkan tanpa henti. mama? terdetik. perlukah aku menceritakan kepada mama? oh tidak. aku malu. perasaan aneh ini mengajak aku supaya kembali ke pangkal jalan. kembali ke jalan Islam yang telah aku anuti sejak azali. solat. taubat. ahhh aku malu untuk menceritakan kepada mereka mereka. aku diam. membisu. aku malu kerana takut ditertawakan. Lily si dongeng membuat cerita tidak berasaskan minda. tetapi itulah perkara yang aku alami. aku sendiri buntu. aku sendiri tidak mengerti.

takut. teramat takut apa bila aku membayangkan diri aku dibakar, rambut ditarik sehingga mengelegak otak dan dilakukan berulangg kali. takut. sedangkan di sini, di Bumi ciptaan-Nya, apabila api menyamar tangan, aku menjerit kesakitan. ahh jangan memikirkan nya. lama lama boleh gila. segera dilupakan. aku melupakan. memikirkan tentang meningkatnya dewasa kelak. hanya satu aku pohon. berikanlah aku kesempatan menghantar kedua ibu bapa aku ke Makkah/Haji dengan menggunakan duit aku sendiri. aku janji dengan diri aku sendiri. mama, abah, adikk janji. berikanlah aku kesempatann untuk menebus segalah kejahatan aku. YA. aku banyak berdosa. aku sayang kan mereka mereka. sehingga fajar terbit di barat, aku masih menyanyangi apa yang aku miliki. itu madah ku.
sincerely : lilyazmi♥

No comments: